Halaman

Rabu, 21 Ogos 2013

Cerita kempiskan perut lagi..

Yaaaaa.....hari ni saya dah terima felinna body lotion tu.Hmm...memang tak sabar nak tgk.Ok.lotionnya  warna pink.Wangi gak danterus je sapu kat perut.Mula2 tak rasa apa.Lama2 baru rasa panassss.Bagus jugak.Jangan sapu banyak sangat takut tak tahan panas lak.Rasa macam pakai lotion.tidak berminyak tau.Wangi lagi.Bau berangin ada sket.

Dorang kata elok disapu lepas mandi.Yela...kalau sebelum mandi habis le hilang lotion tu bila mandi.Harap2 projek ni akan berjalan lancar.Kena ukur nih.ceh ceh ceeee.(kempis keee). Nak bagi semangat sket.Bila nampak kesannya sendiri walau sikit kita jadi bersemangat nak teruskan lagi.ye dak.

Ok lah...sampai sini je coretan hari ini.....apa2 pun mesti nak letak gambar...bagi mencantikkan catatan aku ni.kempas kempis.kempas kempis.he he he he.

Jom kempiskan perut

Hmm.cerita kempiskan perut lagi...ye la tengah exited nak kempiskan perut ni.Produk yg dioder belum sampai.dorang baru pos hari ni.mungkin esok kot.he he he.Sebenarnya,kalau memakai apa2 produk kena berterusan.Tak leh hari ni pakai.esok tak.pastu 2 3 hari tak pakai.pastu baru pakai balik.kemudian sebulan tak pakai lagi.He he he.memang tak kempis.

Katanya  Felinna body lotion ni bau dia wangi. Hmmm.bila2 je boleh pakai.pakai kat muka pun boleh.Sbb tu dorang tukar nama dari inch loss kpd body lotion.Memang boleh buat dia mcm body lotion yg lain sambil nak membuang lemak di badan. Hmm.menarik! menarik!.






Isnin, 19 Ogos 2013

Projek kempiskan perut.

Assalamualaikum...

Kali ini...kita berborak cerita tentang perut.Haish...tengok perut dah naik ni,rasa risau pulak.Mula2 dulu rasa macam tak kisah.Tapi lelama bila nak pakai baju lama,seluar lama dan kain lama ,tak muat pulak.
Masalah ni.Tipu la sapa tak risau perut buncit.Nak tak nak kenala buat sesuatu.

Masa puasa hari tu ,ada la turun sket,sbb beringat2 masa buka puasa.Tapi,bila raya ni,naik la balik sebab makanan sedap depan mata sentiasa.Lagi2 asik telan air ais ysng sedap2.Memang lagi menggalakkan pengumpulan lemak di perut.he he he.

Projek mengempiskan perut di mulakan kini.Sebenarnya bukan di perut sahaja lemak ni.
dah merata.Tapi nak kempiskan perut dulu.Ok,aku dah buat keputusan nak cuba felinna body lotion(dulu dikenali dgn inch loss.).tup tap tup tap.dah beli pun.tgh tunggu barang sampai.

Lepas ni akan saya cerita camna projek ni berjalan,berjaya atau tidak.Ini projek yang pertama untuk diri sendiri yang agak diabaikan selama ini.kalau projek pertama berjaya...sambung projek kedua,ketiga.dan seterusnya.

Selasa, 6 November 2012

cerita coklat

Hai semua,

Lama saya tak update cerite baru ye....nak buat macam mana masa tidak mengizinkan.
Lagipun tak de cerita menarik kebelakangan ini.Macam biasa je.Maklumlah
rutin harian agak sama je.

Untuk post kali kita cerita pasal coklat ye.
Ape2 pun mari menjamu mata  dengan gambar yang dipetik dari En google.

coklat........
                                                  yummy....lemak berkrim

                                                   emm...menarik design dia


                                                    suka tak coklat bar...

                                                  kalau ni buat hadiah bagus jugak.

Em...siapa minat coklat .Ikuti blog saya dan anda akan dapat peluang memborong coklat dengan harga yang berpatutan. Just jadi follower.yeah!




Selasa, 24 April 2012

Cereal chocolate chips punya cerita

Ape khabar... Hari ni tak lah rasa bosan sangat tapi rasa nak bercerita.

Dua minggu lepas ,aku balik kampung - Desa Maju Sg. Tengi.-.Sambil-sambil tu aku gi borong Cereal
Chocolate Chips untuk projek niaga.
Teringin tak....heheh.nampak sedap ke tak.Kalau tak,tak pe laaa.tapi sebenarnya sedap,sebab rangup sangat.Makan satu rasa nak lagi.cuba try!kalau tak percaya tengok testimoni kat bawah ni
Ayu namanya,waktu petang tu aku keluarkan chocolate chip ni , dia terus duduk dan makan.Eh!mau pulak makan.Kalau tidak,nak suruh makan pun susah.(tu yg cekeding je).Pulak tu baru baik demam lak.Badan pun susut.
Si kakak pun suka jugak,Alia namanya .siap buat aksi iklan lagi:-
Aku sendiri,ape lagi tak leh nak berhenti makan.Opss kena beringat, rosak program pulak.kalau korang nak rasa cuba tengok website nih.coklat4u.com.

Ada satu lagi gambar aku nak tunjuk.Ini pun ada kaitan dengan cereal chocolate chips.Aku baru jahit kain felt ni...heheh...serupa tak..tak serupa?eleeee....ape ape pun ada la sikit rupa dia ..kan.
Seronok jugak jahit kain felt jadi pelbagai bentuk.Lepas ni boleh aku buat bentuk lain.Bentuk ape ye...emmm...tengok la nanti. Cerita punya cerita...dah pukul 10.00.pm.kena tidur nih.Esok nak bangun awal.

Akhir kata,sehingga bertemu di lain cerita

Ape-ape pun jom layan lagu ni CARTA HATI dari najwa latif.best lagu ni.aku suka....

Sabtu, 17 Disember 2011

Aku dan Puding Butter Scotch

Hai,

Selamat datang!

Saja je ujudkan blog ni,nak mengisi masa ketika bosan!
Dalam meniti hari-hari yang tak ceria ni.Tak ade idea nak buat kraftangan.So,apalagi buat blog baru le.

Hari ni bangun agak awal sedikit.Tidur tak berapa lena.Anak demam ni.Asyik menangis je.Biasala kan budak tak sihat.Yang Sorang lagi tu ,merengek nak susu.Bangkit ke dapur buatkan susu le.Pastu tidurkan.

Tang buat sarapan pagi ni yang pening sikit.Kadang-kadang tak de idea.Hari ni cuba nak buat yang paling cepat.yang lembut,manis dan lemak.apalagi buat puding butter scotch le.Senang je kan.Ambik tepung gandum , tepung kastad dangaram sket kacaukan dengan air.(air banyak pun tak pe)Pastu kat periuk kecik ,cairkan butter .Dah cair tu masukkan gula perang dan bila gula dah cair lak,masukkan santan.(kalau tidak susu tapi ade pulak santan.Boh saja).Kemudian masukkan kat tepung yang dah dicampurkan air tadi.Kacau.
Dah sebati tu masak je adunan tadi dalam periuk.(api kecik)Bila dah likat tutup api.sejukkan.
Siap!anak saya suka makan.Kalau masukkan dalam peti sejuk .Lagi sedap.

.
                                                Puding butter scotch. yum!

Dah settle sarapan ,yang kecik tu gi main sambil tengok TV.Yang besar tu la yg demam.Dia nangis je la.Batuk tak berhenti-henti.Tak leh kena tinggal.Mamaaaa,urut la kaki,maamaaa,tepuk.....nak minum....begitulah keadaan dia kalau demam.Nak buat kerja memang tak leh nak concentrate.Buat blog ni pun dua-dua dah tidur.Tu yang boleh naip ni.

Tengah hari ,masak nasi ngan sup daging.Si kecik sorang tu memang suka sup.dia berselera."amam!" dia kata.
Sup daging ni istimewa sikit, campur sikit dengan sosej dan kentang.Yang demam tu tak nak makan nasi.Nak makan puding je katanya.Gambar tak de.Dah abiss.

                                            Suka makan nasi campur sup.


Okey, mereka dah bangun.Kena la layan.jumpa lagi....

Layan lagu kat bawah ni.... kegemaran si kecik dan si demam.