Halaman

Sabtu, 17 Disember 2011

Aku dan Puding Butter Scotch

Hai,

Selamat datang!

Saja je ujudkan blog ni,nak mengisi masa ketika bosan!
Dalam meniti hari-hari yang tak ceria ni.Tak ade idea nak buat kraftangan.So,apalagi buat blog baru le.

Hari ni bangun agak awal sedikit.Tidur tak berapa lena.Anak demam ni.Asyik menangis je.Biasala kan budak tak sihat.Yang Sorang lagi tu ,merengek nak susu.Bangkit ke dapur buatkan susu le.Pastu tidurkan.

Tang buat sarapan pagi ni yang pening sikit.Kadang-kadang tak de idea.Hari ni cuba nak buat yang paling cepat.yang lembut,manis dan lemak.apalagi buat puding butter scotch le.Senang je kan.Ambik tepung gandum , tepung kastad dangaram sket kacaukan dengan air.(air banyak pun tak pe)Pastu kat periuk kecik ,cairkan butter .Dah cair tu masukkan gula perang dan bila gula dah cair lak,masukkan santan.(kalau tidak susu tapi ade pulak santan.Boh saja).Kemudian masukkan kat tepung yang dah dicampurkan air tadi.Kacau.
Dah sebati tu masak je adunan tadi dalam periuk.(api kecik)Bila dah likat tutup api.sejukkan.
Siap!anak saya suka makan.Kalau masukkan dalam peti sejuk .Lagi sedap.

.
                                                Puding butter scotch. yum!

Dah settle sarapan ,yang kecik tu gi main sambil tengok TV.Yang besar tu la yg demam.Dia nangis je la.Batuk tak berhenti-henti.Tak leh kena tinggal.Mamaaaa,urut la kaki,maamaaa,tepuk.....nak minum....begitulah keadaan dia kalau demam.Nak buat kerja memang tak leh nak concentrate.Buat blog ni pun dua-dua dah tidur.Tu yang boleh naip ni.

Tengah hari ,masak nasi ngan sup daging.Si kecik sorang tu memang suka sup.dia berselera."amam!" dia kata.
Sup daging ni istimewa sikit, campur sikit dengan sosej dan kentang.Yang demam tu tak nak makan nasi.Nak makan puding je katanya.Gambar tak de.Dah abiss.

                                            Suka makan nasi campur sup.


Okey, mereka dah bangun.Kena la layan.jumpa lagi....

Layan lagu kat bawah ni.... kegemaran si kecik dan si demam.